Thursday, 26 December 2013


Sepetang mtg di Riverside Restorant PWTC bg merancang program akhir mggu depan.
Mohon shbat2 bg idea bgaimana nak marketkan program islamic event..dll.
Jika ade idea menarik.jom share...syukran.

Sunday, 22 December 2013

durian

Al fatihah utk cek..

Siapa tahu buah apakah ini dlm bahasa arab.? Saya amat menggemari buah ini..n selalu teringat n terkenang..bila musim durian arwah ayah akan membeli 1 guni durian utk mkn sama2 saya...
Musim durian..tahun 1990 saya bersekolah di Smaasza Kuala Terengganu n jarang2 balik cuti ke kg alur lintang besut lantaran sibuk study n bnyak program2 kepimpinn pelajar.
Terkenang hari khmis satu hari...kak saya tel n bgtau arwah ayah minta saya balik..tp saya bgtau kak..saya ade program penting..tak bole balik kerana mewakili sekolah dlm pidato piala perdana menteri...tp minta kak tak bgtau arwah ayah.
Minggu berikutnya saya sengaja balik kerana nak buat kejutan kpd arwah ayah....membawa balik piala n hadiah RM100 n buku2 agama sebagai JOHAN pertandingn pidato minggu lepas.
Tetapi .berita gembira saya disambut dgn dingin oleh arwah ayah...
Saya tanya mak n kak..kenapa cek (panggilan utk arwah ayah) sedih n tak berckp..n gembira je...
Mak tunjuk..durian seguni yg arwah ayah beli sejak minggu lepas..utk mkn sama2 saya sudahpun buruk dlm guni di dapur...sedihnya saya.
Pagi esoknya....saya ajak arwah ayah ke Pasar Jerteh n membeli durian longgok n mkn dengn arwah cek puas puasss....
Kini..cek dah tak de..n saya selalu ambil peluang bawa anak2 cari n mkn durian...
Tapi..durian kebun org ini belum luruh n belum masak...
Al fatihah utk arwah cek.. 

Berakhirnya Boot Camp di Bahera Camp Pangsun Ulu Langat


Berakhirnya Boot Camp di Bahera Camp Pangsun Ulu Langat...
Bergembar bersama peserta n pljar2 tahfiz n anak yatim yg berpeluang bermlm nun di atas bukit n menimba ilmu kehidupan.
Terima kasih kpd semua yg menjayakan spt Pak Mahadi Mohd Hendri Hamsah n para penyumbang n penyokong spt Farida Salleh Zubaidah Sulaiman Datuk Paduka Raja Kholijah Datuk HjhNoraini Datuk HjSalleh Ismail Ibrahim Khairol Izwan dll...

aktiviti eco dan kreativiti sepanjang 4h3m ECO-Novasi Teenbuilding Green Camp

Pelbagai aktiviti eco dan kreativiti sepanjang 4h3m ECO-Novasi Teenbuilding Green Camp yg berlangsung di Baheera Hillview ECO Training Camp, Ustaz Mohd Zamani Al-Besuty pun dan main letop letop menunjukkan skill zaman muda mudi...

Thursday, 19 December 2013

cerita sedih

Ade satu cerita sedey yg baru saya terima...
Saya kongsikan utk anda...
Jgn nggis k

Nafas Razak tersekat2.. Lututnya mengigil2. Result PMR digenggam kemas.. 4C.. 3D.. 1E..

Terus terbayang wajah bapaknya yg garang bak Lion King.. Memang sah dapat penampar.. Razak mengeluh, menyesal dgn sikapnya yg malas belajar..
Masa exam, semua dijawab mengkhinzir buta.. Sampai di rumah, bapaknya menunggu di muka pintu.. Razak meneruskan langkah longlai dan bersiap sedia menerima tamparan bapaknya..

Bapak: Hah Jak macamana dgn PMR kau?..
Razak: Err... 4C.. 3....
Bapak: 4C? habis tu A takde langsung?
Razak: Takde Pak...
Razak memejam mata sambil menunggu tamparan Lion King.. Tiba2 bapaknya menepuk2 bahu Razak..

Bapak: Alhamdullilah.. Syabas Jak.. Syabas...
Razak: Hah? Bapak perli Jak ke?
Bapak: Tak Jak. Bapak tak perli Jak.. Jak mempunyai masa depan yang cerah Jak..

Razak semakin pening.. Bapaknya sekarang bukan bapaknya yang dulu.. Dulu ditendang sekarang Jak disayang..

Aisshh.. Bapakku
terminum air ketum ke ni? Fikir Razak..
Razak: Kenapa bapak cakap macam tu?
Bapak: Kau berpotensi jadi MENTERI Jak..
Razak: Maksud bapak..
Bapak: Yelah.. kan MENTERI2 semua jawab tak "pakai otak" samala macam kau Jak...
Razak: Errrrrrr..""
mmah..amien

Sesekali diner lewat mlm di hotel smbil diskusi bersama shbt karib Ust Mohd Khairuddin At-Takiri mengamit kenangn smlm semasa bersama menuntut di Smaasza Kuala Terengganu...walaupun beliau kini bergelar YB n pimpinn masyarakat..tp dia tetap sahabat mcm dulu2..
Tak terasa..mlm dah larut... Moga mtg yg tak dirancng n santai ini membuahkan natijah yg baik utk ukhuwwah n Pemgunn Ummah..amien

Tuesday, 17 December 2013

hayatilah mesej panjang ini

Ada msg yg panjang kepada saya utk MEMOHON pertolongn..n saya sekadar membantu apa yg mampu.. setidak2nya saya tidak MEMBATU...
Hayatilah msg panjang ini..

Santapan pagi Rabu

TUAN...ADALAH

Umpama timun hendaknya
Melanggar kami terluka
Dilanggar kami cedera
Tapi itulah nasib kami yang hina

Tanpa elaun seperti menteri
Makan bayar sendiri
Kereta pandu sendiri
Minyak isi sendiri
Jalan sesak kami hadap setiap hari

Mudah pula tuan berkata
Jangan makan bila ayam naik harga
Jangan minum manis bila naik harga gula
Jangan guna jalan jika tol naik berganda
Pindah ke negara lain jika tak suka Malaysia

Kami umpama kain basahan
Tuan perah habis habisan
Akhirnya kami kekeringan
Merana kami tuan kesenangan

Duit sejemput kami diperas hingga rabak
Gaji tuan sedikit pun tak boleh ditolak
Diusul kami tuan amuk sampai koyak
Kami senyum lihat tuan makin menggalak

Tak mengapalah tuan
Kami terima segala ketentuan
Cuma ingat pesan Tuhan
Setiap perkara ada balasan
Nasib tuan belum ketahuan

Tuan jangan lupa
Kami manusia biasa
Sabar kami ada tahapnya
Luka kecil boleh menjadi nanah juga
Jangan sampai menjadi barah pula
Cukuplah tuan menyeksa
Cukuplah tuan buat kami merana

Kuasa tuan dari kami
Naiknya tuan dari kami
Jatuhnya tuan juga dari kami..
**** tolong sebarkan.tanda protes KAMI****
With Zubaidah Sulaiman Farida Salleh Ustaz Rosli Abdul Jabar Ust Rozalie Zahari Ustaz Zamri Abidin Hj Fadil Mohd Noor Rahim Nasir

PELUANG SAHAM AKHIRAT...

Salam...

PELUANG SAHAM AKHIRAT...

Mendapat msg ringkas drp Ustaz Safrijal,,bekas Mudir Tahfiz di Mahaad Tahfiz Raudhatul Quran suatu masa dulu..beliau GURU hafiz pertama n berasal dari Acheh Indonesia.
Sekarang beliau sdg melanjutkan pelajaran di Sek Islam Tinggi Acheh. berasal drp keluarga yg agak miskin n mmerlukan bntuan sumbangn zakat, bantuan utk beliau menamatkan pelajaran yg masih berbaki satu tahun.
Sifat beliau..tidak begitu bergantung kpd org n cuba menyarea sendiri kehidupan dan kos pembelajaran spt yuran asrama, yuran exam dll...menyebabkan beliau kdg cuti mingguan pergi kelaut menangkap ikan bersama para nelayan.
Kini..beliau kesempitan..lantaran exam yg hampir dan duit terkumpul utk membayar yuran exam belum dilunasi...barangkali ditahan drp menggambil exam jika yuran tidak dilunasi...
Maka atas dasar perihatin sesama UMMAH n MEMBANTU para pelajar agama...tanpa mengira hubungn keluarga n kenegaraan..saya mohon sahabat2 yg dermawan menolong saya..utk meringankan bebann Al Hafiz Ustaz Syafrijal..dengan cara terus bole bankin duit atau kirimkan wang western union ke No REK : 1580001259985 (no acc) BANK MANDIRI CABANG LHOKSEUMAWE. Atau..jika sukar utk ke bank.saya permudahkan bole juga bankin ke ACC TAHFIZ saya : 564221613856 AKADEMI TAHFIZ BESTARI (maybnk)...TAPI SILA MSG saya 0192545632 atau PM JUMLAH SUMBGN.ok
Semuga sedikit amal kita dikira amal jariah yg menjd saham utk akhirat.
Dibawah..gambar ustaz Syafrijal..
with Farida Salleh Zubaidah Sulaiman Datuk Paduka Raja Kholijah Datuk HjhNoraini Datuk HjSalleh Mohd Mohd Hambali Rashid Mohd Fadli YusofUstaz Zamri Zainal Abidin Amy Matnoor Noor Zila Shahuddin Nor Adila Rahmad Ismail Ibrahim Mohamed Idris SamanAbdul Rahman Mohamed

Wednesday, 4 December 2013

mohon pertolongan untuk mangsa banjir

Salam..tengah mlm buat semua para shbat2 fb.
Boleh mohon smpaikan kpd semua pimpinn politik samada kerajaan atau pembngkang...
Mohon ketepikan politik seketika n sedarlah kepimpinn adalah amanah.
Terkini..bnjir dah menjd musibah bersama...ia tidak mengenal penyokong bn atau pr..maka atas dasar kamanusiaan saya sbg insan kerdil tanpa pangkat n jawatan..merayu n bermohon agar tumpukan

Jsegala bntuan n usaha bg meringnkan beban rakyat yg mengundi ANDA...
Ingat KEPIMPINAN adalah AMANAH n Tanggungjawab...
Ustaz Zamri Abidin Ustaz Rosli Abdul Jabar Farida Salleh Zubaidah Sulaiman Datuk Paduka Raja Kholijah Datuk HjhNoraini Datuk HjSalleh Mahadi Mohd Mohd Yusof Ustaz Shazly Klcc

Monday, 2 December 2013

Boothcamp 2013

Alhamdulillah syukur Bootcamp Talent Management Program berakhir dgn baik dan semuanya selamat, kerana itulah yg paling penting disepakat, hasil kerjasama amal jamaei yg kuat dan mengundang berkat, disempurnakan penutupnya oleh Ustaz Mohd Zamani Al-Besuty yg juga sahabat, serta teman teman terbaik dunia akhirat!

Forum di Masjid Al Faizin Kepong bersama Al Fadil Us Ahmad Dusuki n Us Md Cina.. Moga barakah....

Semlm berforum dgn Al fadhil Us Ahmad Dusuki..
Banyak hikmah n pengjaran drp forum ini..antaranya:
1. Hijrah perlukan jihad..tnpa mujahadah hijrah takkan berjaya.
2. Hijrah paling utama hijrah drp jahilyyah kpd cara Hidup Islam...
3. Jgn pula hijrah drp jemaah Islam kpd jemaah yg tak jelas prinsipnya..ape lg menentang perjuangan Islam.ehem..ceramah n dakwah juga tak de tarikh pencen

 

Monday, 18 November 2013

Jangan menyinggung perasaan suami
Salman Al Farisi r.a telah meriwayatkan pada suatu hari Fatimah r.ha dalam keadaan tergesa-gesa telah datang bertemu ayahndanya. Baginda s.a.w melihat kedua mata Fatimah r.ha berlinangan airmata dan raut wajahnya sedih. Lalu baginda bertanya: Mengapa wahai anakku?

Fatimah r.ha menjawab: Ya Rasulullah, semalam aku bergurau dengan Ali, tanpa aku sengaja terkeluarlah perkataan yang menyinggung perasaannya. Setelah itu, aku dapati mukanya kemerahan kerana menahan marah. Aku sungguh menyesal atas keterlanjuran kataku itu lalu segera memohon maaf kepadanya: ‘Hai kekasihku, kesayanganku, relakanlah akan kesalahanku’, seraya aku mengelilinginya dan merayunya sebanyak 72 kali sehingga dia redha dan tertawa padaku. Walaupun suamiku telah redha tetapi aku masih tetap merasa takut kepada Allah s.w.t.

Rasulullah s.a.w bersabda kepada Fatimah r.a: Wahai anakku, demi Zat yang telah mengutusku sebagai Nabi dgn agama yang haq, sesungguhnya sekiranya engkau mati sebelum Ali meredhaimu, aku tidak akan solat jenazahmu.
Tazkirah pg buat diriku bergelar LELAKI..

4 LELAKI DITARIK KE NERAKA

Pertama:- Ayahnya

Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat.. tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh anaknya.

Kedua:- Suaminya

Apabila seorang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram, apabila suami mendiam diri.. walaupun dia seorang alim (solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal) maka dia akan ditarik oleh isterinya.

Ketiga:- Abang-abangnya

Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh kepala abang-abangnya.. jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM.. tunggulah tarikan adiknya di akhirat.

Keempat:- Anak Lelakinya

Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari islam, maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di akhirat kelak.. nantikan tarikan ibunya.

Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat...maka kaum lelaki yang bergelar ayah / suami /abang atau anak harus memainkan peranan mereka yang sebenar tidak silap firman ALLAH S.W.T.:-

"Hai anak adam peliharakanlah diri kamu serta ahli kamu dari api neraka, di mana bahan pembakarnya ialah manusia dan batu-batu.."

Hai wanita, kasihankan ayah anda, suami anda, abang-abang anda serta anak-anak lelaki anda...kesiankanlah mereka dan diri kamu sendiri.. jalankan perintah ALLAH S.W.T. dengan bersungguh-sungguh dan dengan ikhlas..

Akhir kata, marilah kita berdoa agar kita semua terselamat dari ditarik dan tertarik.. oleh mana-mana pihak. Harga seseorang muslim adalah sangat berharga. ALLAH S.W.T. nilaikan seseorang muslim dengan SYURGA.. semua kaum muslim masuk syurga.. janganlah kita membuang atau tidak mengendah janji ALLAH S.W.T.

Share untuk manfaat sahabat anda bersama..n tak perlu minta izin ok
Us M zamani al besuty
“Sejahat-jahat pencuri ialah orang yang mencuri dalam solat. Sahabat bertanya: Bagaimana dia mencuri di dalam solatnya? Nabi s.a.w. menjawab: Dia tidak menyempurnakan rukuknya dan sujudnya. Atau Nabi menjawab: Dia tidak menegakkan pungungnya di dalam rukuknya dan sujudnya.”
[H.R. Ahmad , At Thabarani dan Ibnu Khuzaimah dalam sahihnya dari Ibnu Qatadah]

Monday, 11 November 2013



Bila demam begini..maka seorang anak bongsu sptku cepat teringat kpd mak di kmpong.
Dulu masa kecil..bilaku demam..mak sediakan bubur n lap kain basah dikepala...dlm sayup kedengaran suara mak td bila dihubungi..mak tanya..dah mkn ke belum.teruk ke demam..n BILA NAK BALIK.??? waaa...
Kasih mak pd kita tak pernah bertepi..walau anak kita dah sedozen n mak dah merangkak umur 80an.
YA Allah..ampunilah mak n arwah ayahku n kasihi la mak..arwah ayah...amin.
Siapa syg mak...???

Thursday, 3 October 2013

Hukum QURBAN

JOM sahabat Kita SEMUA ber QURBAN..

Sedikit info..mog bermanfaat..

Hukum QURBAN..

Majoriti para ulama berpendapat bahwa hukum berkurban adalah sunnah muakkadah (sunnah yang ditekankan). Makruh hukumnya untuk tidak melaksanakannya jika mampu. 
Sebagian ulama lain berpendapat hukumnya sunnah yang wajib atas setiap keluarga, yang mampu melakukannya. 
Ini berdasar firman Allah : 

"Maka dirikanlah shalat karena Rabbmu dan berkurbanlah"
(Q.S Al-Kautsar : 2)

Tuesday, 17 September 2013

Ustaz Zamani Al Besuty: PAKEJ UMRAH ZIARAH

Ustaz Zamani Al Besuty: PAKEJ UMRAH ZIARAH

Program Ziarah & Qurban 2013


Assalamualaikum...

kepada semue umat islam yang akan menyambut perayaan qurban tidak lama lagi...
saya dengan berbesar hati ingin menawarkan pakej ziarah & Qurban
bersama mualaf (saudara baru) yang memeluk agama islam...

jika berminat Tuan dan Puan boleh
hubungi kami seperti no. tel tang tertera...

juga Tuan Puan boleh emelkan kepada kami
dengan segera kami akan membalas setiap pertanyaan...





Thursday, 5 September 2013

PAKEJ UMRAH ZIARAH


ZIARAH UMRAH


Assalamualaikum....

dengan rasa berbesar hati saya ingin memperkenalkan pakej Ziarah Umrah kepada sesiapa yang berminat untuk pergi umrah sambil bercuti bersama kami...

terbuka kepada sesiapa sahaja yang berminat...
pakej termasuk makan minum disediakan, pengangkutan.....
jika berminat sila layari FB saya
https://www.facebook.com/ustazzamanialbesuty
atau boleh menelefon syarikat saya....
terbuka kepada 30 terawal sahaja...

terima kasih...

Tuesday, 27 August 2013

Selamat Pagi Semue....

salam..

Selamat Pagi Sahabat, Bekerjalah dengan riang gembira dan penuh ketenangan, dan ketahuilah bahawa pemikiran dan usaha yang ikhlas pasti membuahkan hasil yang baik....